Profail
M.A.T.A adalah satu-satunya badan profesional yang menaungi agen cukai dan setiausaha syarikat berlesen Melayu secara yang bersistematik. Sebagai wadah penyambung perjuangan professional Melayu, M.A.T.A dianggotai oleh agen cukai dan setiausaha syarikat berlesen Melayu yang rata-ratanya mempunyai kelayakan Diploma dan atau Ijazah yang mencukupi untuk bertindak secara kompetens sebagai agen cukai dan juga setiausaha syarikat.
M.A.T.A adalah satu-satunya badan profesional yang menaungi agen cukai dan setiausaha syarikat berlesen Melayu secara yang bersistematik. Sebagai wadah penyambung perjuangan professional Melayu
Persatuan Akauntan Percukaian Malaysia (Malaysian Association of Tax Accountants – M.A.T.A.) telah ditubuhkan dan didaftarkan pada 7 haribulan Julai tahun 1988. Pejabat berdaftar pertama M.A.T.A. ialah di Seremban, Negeri Sembilan dan beralamat, No. 243 Blok C, Kampung Bharu, Jalan Bunga Raya, Ampangan, 70400 Seremban, Negeri Sembilan. Kemudian, Pejabat Sekretariat M.A.T.A berpindah pula ke Kuala Lumpur dialamat No. 136 Tingkat 1, Jalan Pahang, Kuala Lumpur sebelum berpindah untuk kali yang terakhir ke Pejabat Sekretariat M.A.T.A 15-2 Jalan Wangsa Setia 1, Wangsa Melawati, 53100 Kuala Lumpur pada 16 September 2002.
Visi
Suatu badan utama yang menaungi pengamal-pengamal perkhidmatan professional yang diiktiraf dan dihormati khususnya dalam bidang percukaian.
Misi
Mengujudkan pengamal-pengamal perkhidmatan professional yang berintegriti, berkemahiran dan cemerlang.
OBJEKTIF STRATEGIK
- Mengalakkan peningkatan pengetahuan khususnya dalam bidang teknikal
- Meningkatkan bilangan keahlian yang berkualiti dan beretika
- Memantapkan kedudukan kewangan persatuan dan ahli
- Membentuk kumpulan pengurusan yang berwibawa dan efektif
- Memperkasakan pengiktirafan oleh pelbagai pihak